Khamis, 15 Oktober 2015

Khamis, Oktober 15, 2015
Langgar Peraturan, ASEAN NCAP Siasat Kereta Buatan Malaysia :  Asean New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) semalam berkata mereka kini sedang menyiasat sebuah kereta buatan tempatan yang didakwa melanggar peraturan dengan membuang salah satu bahagian keselamatan di kereta terbabit.


Menurut kenyataan rasmi dari Ketua Setiausaha ASEAN NCAP, Encik Khairil Anwar Abu Kassim, mereka menerima laporan bahawa bahagian menambat fitment yang bertujuan untuk memegang kerusi kanak-kanak telah dibuang dari kereta terbabit.

 ASEAN NCAP berkata, bahagian tersebut dipasang di kereta berkenaan ketika ujian dilakukan untuk mendapat rating. Namun setelah mendapat rating dari ASEAN NCAP, bahagian itu telah dibuang.

"ASEAN NCAP hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima beberapa laporan dari pengguna mengenai satu pelanggaran spesifikasi di salah satu kereta yang diuji. Menurutnya, bahagian menambat fitment bahagian atas telah dibuang dari kereta buatan tempatan itu, yang mana penting untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan", tulis kenyataan tersebut.

Langgar Peraturan, ASEAN NCAP Siasat Kereta Buatan Malaysia

ASEAN NCAP turut menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

"Ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab dari pengeluar kereta dan perlu didedahkan kepada umum bagi menunjukkan isu keselamatan tidak boleh dipermain-mainkan.", tegas kenyataan itu.

ASEAN NCAP turut berkata mereka akan menghantar surat tunjuk sebab kepada pengeluar terbabit dan juga cara untuk pengeluar terbabit memulihkan keadaan.

Langgar Peraturan, ASEAN NCAP Siasat Kereta Buatan Malaysia

Menurutnya juga, kereta berkenaan juga mungkin akan diuji semula dengan spesifikasi yang lebih rendah.

Namun, kenyataan tersebut tidak menyebut jenis dan pengeluar kereta terbabit.

#Mohon ASEAN NCAP check juga kenderaan besar seperti bas...rasanya majoriti bas yang ada di Malaysia tak pernah test keselamatan untuk penumpang.

sumber
http://www.siakapkeli.my/2015/10/asean-ncap-kereta-buatan-malaysia.html?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.