Ahad, 18 Oktober 2015

Ahad, Oktober 18, 2015
Lelaki Belasah Bangla Car Wash, Alasan Seat Keretanya Kotor | Tersebar dilaman sosial hari ini Jadi sebuah video  yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Atie Abdul Hamid yang menunjukkan seorang lelaki bertindak biadap menampar seorang pekerja dari Bangladesh yang sedang mencuci kereta miliknya.

Lelaki Belasah Bangla Car Wash, Alasan Seat Keretanya Kotor

Berdasarkan penerangan bersama video yang dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV di premis cuci kereta, beliau mendakwa pekerja warga asing berkenaan sedang mencuci kereta milik lelaki tersebut dengan memasuki bahagian tempat duduk menyebabkan lelaki itu berang kerana menyebabkan tempat duduk keretanya kotor.

Tambahnya lagi, kemungkinan lelaki itu bertindak memukul pekerja warga asing berkenaan kerana pakaiaan pekerja Bangladesh tersebut yang dilihat lusuh dan nampak hina di matanya.

Selepas itu, dia dikatakan telah meminta bayaran sebanyak RM1000 kerana duduk dan mengotorkan keretanya semasa pekerja Bangladesh berkenaan mengelap cermin.

Beliau juga memberitahu, mereka membawanya ke klinik dan disahkan mengalami pendarahan dan bengkak teruk menyebabkan mereka terpaksa merujuk ke hospital, walaupun berdasarkan video hanya macam pukul biasa.

Beliau juga berharap semoga lelaki berkenaan mendapat hidayah dan sudah memaafkan dan halalkan upah cuci kereta yang tidak dibayar.

Jika benar dakwaan berdasarkan video ini, ingatlah, hidup ini tidak lama, kenapa harus bertindak kejam sesama manusia yang diciptakan oleh Allah yang Maha Esa.



Rakaman CCTV seorang lelaki melayu memukul seorang bangla kerana menyebabkan keretanya kotor...sebaliknya meminta pampasan rm1000..bangla tersebut cedera dan di hantar ke klinik...
Posted by Kezoom on Saturday, 17 October 2015


sumber
http://www.siakapkeli.my/2015/10/video-pekerja-bangladesh-ditampar.html?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.