Sabtu, 31 Oktober 2015

Sabtu, Oktober 31, 2015
Mangsa Culik Dijumpai Selamat Di Perhentian Bas Gombak | Seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa culik ditemui selamat di perhentian bas di Batu 4, Jalan Gombak, Jumaat lalu.

Mangsa Culik Dijumpai Selamat Di Perhentian Bas Gombak

Polis kini sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik berkenaan di Kampung Padang Balang, Sentul di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kedua-dua suspek dipercayai menculik mangsa yang berumur setahun dua bulan itu ketika dia sedang bermain di hadapan rumahnya.

"Kedua-dua suspek yang menaiki motosikal membawa lari mangsa.

Susulan itu, kakak mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Setapak pada 6.30 petang.

"Mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan selamat setengah jam kemudian oleh polis bersama penduduk kampung di perhentian bas di Batu 4, Jalan Gombak di sini," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa dipercayai ditinggalkan suspek setelah mengetahui polis sedang mengesan mereka.

Mangsa kemudian dibawa ke Balai Polis Setapak sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. - Bernama

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/10/31/mangsa-culik-ditemui/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.