Ahad, 18 Oktober 2015

Ahad, Oktober 18, 2015
Maut Di Tembak Di Kepala Selepas Tayang Isteri Pegang Duit Di Facebook | Seorang lelaki ditembak di kepala Isnin lepas selepas memuat naik foto isterinya memegang wang tunai di laman sosial Facebook.

Maut Di Tembak Di Kepala Selepas Tayang Isteri Pegang Duit Di Facebook

Menurut Washington Times, Tony Harris, 50 maut di hospital pada Selasa selepas dirompak tiga lelaki.

Perompak berkenaan menyerbu rumah Harris seminggu selepas foto tersebut dikongsi.

Harris ditembak di kepala selepas memberitahu wang tersebut tidak wujud.

Menurut polis, Harris tidak mengunci pintu rumahnya ketika kejadian.

Tiga orang suspek bertopeng berumur 17 hingga 19 tahun sudah dikenal pasti dan polis menawarkan ganjaran AS$20,000 (RM83,626) kepada mana-mana maklumat yang membantu penahanan mereka.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/ditembak-di-kepala-selepas-tayang-wang-1.441392


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.