Ahad, 25 Oktober 2015

Ahad, Oktober 25, 2015
Mayat Bayi Dalam Kolah Masjid | Penduduk Desa Plumbon mukim Limpung di daerah ini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang ditemukan terapung di dalam kolah di sebuah bilik air Masjid Al Humam, Selasa lalu.


Portal Merdeka.com melaporkan, bayi perempuan tersebut pada awalnya dijumpai pekerja bangunan, Santoso, 35, yang mahu membuang air di tandas.

Santoso berkata, dia amat terkejut selepas melihat susuk bayi tenggelam di dalam kolah mandi di bilik air tersebut.

Lelaki itu kemudiannya terus memaklumkan kejadian itu kepada seorang penduduk, Masrur, 37, sebelum mereka berdua melaporkan kejadian itu kepada Ketua Kampung, Agus Arjito.

Mereka kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada balai polis Limpung.

Ketua balai Limpung, AKP Raharja kemudiannya mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut.

“Penduduk yang prihatin terus melaporkan penemuan tersebut. Anggota kami yang disertai pasukan daripada ibu pejabat polis daerah dan pasukan perubatan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian,’’ kata Raharja.

Dari kesimpulan awal pemeriksaan pasukan perubatan, bayi perempuan itu dipercayai berusia tujuh atau lapan bulan dalam kandungan ibunya sebelum dilahirkan secara paksa dan dibuang ibunya sendiri.

“Perkara ini masih pada peringkat andaian yang perlu kita siasat lebih lanjut,’’ katanya.

Di masjid itu jelas Raharja, polis menemukan beberapa barang bukti antaranya gumpalan darah segar, air ketuban, seluar dalam dan sabun mandi, selain tali pusat pada mayat bayi tersebut.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mayat-bayi-terapung-dalam-kolah-masjid-1.149899#sthash.aDWKMLuo.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.