Khamis, 8 Oktober 2015

Khamis, Oktober 08, 2015
Mayat Budak Perempuan Yang Di Temui Dekat SK Tohoi Di Percayai Sasa | Hasil siasatan awal polis mendapati mayat kanak-kanak perempuan yang ditemukan dalam keadaan reput di tepi Sungai Perias kira-kira 500 meter dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi semalam, adalah Sasa Sobrie, 8.

Mayat Budak Perempuan Yang Di Temui Dekat SK Tohoi Di Percayai Sasa

Sasa adalah salah seorang daripada tujuh murid Orang Asli yang dilaporkan hilang dari sekolah tersebut lebih 45 hari lalu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata, keputusan siasatan itu adalah berdasarkan hasil bedah siasat dan pengecaman yang dilakukan ahli keluarga mangsa.

“Bagaimanapun ini bukan keputusan muktamad kerana perlu melalui ujian ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi pengesahan lanjut, “ katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang pagi ini.

Ibu bapa tujuh murid Orang Asli yang hilang itu tiba hospital tersebut sejak pukul 11 pagi ini untuk membuat pengecaman.

Mayat Budak Perempuan Yang Di Temui Dekat SK Tohoi Di Percayai Sasa

Selain Sasa, enam lagi murid yang hilang ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen Yaakob, 10; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, yang semuanya tinggal di asrama. - UTUSAN ONLINE

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mayat-kanak-kanak-yang-ditemui-dekat-sk-tohoi-dipercayai-sasa-1.144164#sthash.OfxPqMyi.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.