Rabu, 21 Oktober 2015

Rabu, Oktober 21, 2015
Memiliki Senjata Api, Bekas Vokalis Ukays Di Tahan | Bekas vokalis kumpulan Ukays ditahan kerana memiliki senjata api.

Memiliki Senjata Api, Bekas Vokalis Ukays Di Tahan

Penyanyi yang popular di era 90-an itu ditahan sepasukan polis di sekitar Sentul awal pagi tadi.

Difahamkan, penyanyi berusia 46 tahun itu ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy ketika dihubungi  mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau terkenal dengan dendangan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

"Pistol itu ditemui pada tempat duduk pemandu dan suspek mengaku pistol berkenaan adalah miliknya.

"Suspek ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960," katanya.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.