Ahad, 11 Oktober 2015

Ahad, Oktober 11, 2015
MH370 Di Temui Berhampiran Filipina? | Pihak polis Sabah telah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan serpihan pesawat di selatan perairan Filipina pada hari Sabtu (semalam).

MH370 Di Temui Berhampiran Filipina?

Dikatakan serpihan berkenaan dipercayai milik pesawat MH370 kerana terdapat bendera Malaysia pada bangkai pesawat  tersebut.

Menurut the Star, laporan polis mengenai penemuan itu dibuat seorang lelaki yang percaya bangkai pesawat dengan tulang manusia di dalamnya adalah milik MH370.

Bangkai pesawat itu dikatakan ditemui anak saudaranya di Pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina beberapa hari lalu.

Dia bertindak mengambil bendera Malaysia tersebut sebelum memaklumkan kepada bapa saudaranya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima laporan tersebut namun tidak dapat mengesahkan sama ada serpihan itu benar-benar milik MH370.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bangkai-pesawat-dipercayai-milik-mh370-ditemui-nelayan-di-selatan-perairan-filipina-76026


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.