Khamis, 29 Oktober 2015

Khamis, Oktober 29, 2015
Objek Misteri Berapi Jatuh Dari Langit Di Bengkulu | Satu kawasan hutan berhampiran Desa Pelalo di Rejang dekat sini ditemui terbakar dipercayai lokasi satu objek misteri yang dilihat jatuh dari langit.

Objek Misteri Berapi Jatuh Dari Langit Di Bengkulu

Kawasan hutan tebal itu ditemui terbakar sekumpulan penduduk semalam yang mencari lokasi satu objek misteri yang dilihat penduduk jatuh dari langit.

Objek misteri dan berapi itu dilihat jatuh dari langit pada malam kelmarin dan mengeluarkan bunyi letupan yang kuat.

“Saya melihat satu objek berapi yang besar seperti meteor jatuh dari langit terus ke kawasan hutan berkenaan,” kata seorang penduduk, Tuafq.

Katanya, apabila objek itu jatuh ke bumi dia mendengar bunyi letupan yang kuat disusuli dengan gegaran.

“Ketika kejadian saya tidur dan terkejut apabila terdengar letupan yang kuat serta menyebabkan rumah saya bergegar,” kata seorang lagi penduduk, Mulkimin.

Penduduk dan polis melancarkan operasi mengesan punca letupan berkenaan kerana bimbang ia mungkin pesawat yang terhempas.

Seorang anggota polis, Sugi Mulyanto yang menyertai operasi itu mengesahkan ada kawasan hutan yang terbakar. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/88999#sthash.MqR2Kj1H.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.