Ahad, 25 Oktober 2015

Ahad, Oktober 25, 2015
Orang Tua Baju Putih Beri Tasbih Misteri | Misteri kehilangan seorang kontraktor landskap, Azhar Muhammad, 45, selama 75 hari berakhir dengan kisah pelik yang menakjubkan apabila dia ditemui orang ramai dalam keadaan masih hidup serta diselaputi lumpur di jeti nelayan Batu 4, Jalan Genting, Kampung Rantau Panjang, Klang.

Orang Tua Baju Putih Beri Tasbih Misteri

Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, Azhar yang dikenali sebagai DJ Kahong pergi ke jeti yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk mencari siput belitung di kawasan hutan bakau kira-kira pukul 7 malam.

Ketua UMNO cawangan Kawasan Tengah Batu 4, Jalan Genting itu bagaimanapun hilang dan gagal dikesan sekitar pukul 11 malam hari berkenaan.

Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat selama dua hari dengan bantuan anjing pengesan sebelum menghentikan operasi selepas gagal mengesan jejak mangsa.

Menceritakan misteri kehilangannya selama lebih dua bulan itu, ujar Azhar, kira-kira pukul 11 malam semasa berada di kawasan paya berkenaan, dia telah didatangi seorang lelaki tua yang memakai baju putih.

“Dia kemudiannya membahasakan diri sebagai ‘Mbah’ sebelum mengajak saya untuk ke satu tempat tidak jauh dari situ.

“Dia mula memberitahu saya yang dia kenal semua susur galur keturunan saya.

“Selain itu Mbah turut menyerahkan beberapa barang kepada saya antaranya tali kuning, sebilah keris dan se­utas tasbih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rantau Panjang.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.