Khamis, 1 Oktober 2015

Khamis, Oktober 01, 2015
Pelajar Dakwa Ambil Ganja Elak Tekanan Emosi Menjelang SPM? | Empat pelajar tingkatan lima memberikan alasan tidak munasabah kononnya mengambil ganja akibat diserang tekanan emosi menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal dihadapi.

Pelajar Ambil Ganja Elak Tekanan Emosi Menjelang SPM

Semua pelajar lelaki sebuah sekolah di Lembah Keramat itu diberkas polis dalam serbuan ‘Ops Target’ di belakang sebuah sekolah jam 10 pagi semalam.

Ketika ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ampang, empat pelajar itu bersama lima rakan lain didapati ponteng kelas dan melepak di belakang kawasan sekolah itu.

Salah seorang pelajar yang diberkas itu turut memberi alasan mengambil dadah untuk membantunya menajamkan lagi ingatan, selain fokus pada sesi pembelajaran bersama rakan-rakannya.

Tidak kurang juga ada yang merayu kepada penguat kuasa AADK supaya melepaskan mereka kerana risau perbuatan itu diketahui ibu bapa dan guru.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/81474#sthash.u2b5vjuz.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.