Sabtu, 31 Oktober 2015

Sabtu, Oktober 31, 2015
Pelajar Selamat, Tercampak Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang | Gara-gara mengelak sebuah kenderaan yang membrek secara mengejut di depannya, seorang penuntut Giat Mara, Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, terpelanting dari Jambatan Pulau Pinang setinggi kira-kira 15 meter ke dalam laut di Seberang Perai semalam.

Pelajar Selamat, Tercampak Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang

Namun, seperti kata pepatah berpantang maut sebelum ajal, Firdaus yang terjatuh dari jarak ketinggian bangunan tiga tingkat itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Penuntut Giat Mara Tanjung Bunga berkenaan bernasib baik ke­rana dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, dia terjatuh di permulaan jambatan di Kilometer (KM) 1.4 berdekatan kawasan hutan paya bakau dalam ke­adaan air laut surut.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3q8QAQMYX


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.