Jumaat, 16 Oktober 2015

Jumaat, Oktober 16, 2015
Pemandu Teksi Di Bebaskan, Tiga Suspek Culik Di Dakwa Hari Ini | Tiga daripada empat suspek lelaki yang ditahan berhubung kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang Jumaat lalu akan didakwa di mahkamah hari ini.

Pemandu Teksi Di Bebaskan, Tiga Suspek Culik Di Dakwa Hari Ini

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek akan didakwa di Mahkamah Kajang di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Menurutnya, keputusan itu dibuat oleh pendakwa raya selepas menerima kertas siasatan hari ini.

“Pemandu teksi yang sebelum ini turut ditahan untuk membantu siasatan bagaimanapun dibebaskan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Adnan memberitahu, pemandu teksi itu dibebaskan selepas siasatan mendapati dia tidak terlibat dengan penculikan tersebut.

“Buat masa ini, kita tidak dapati dia (pemandu teksi) tiada sebarang kaitan dengan kes penculikan itu.

“Sehubungan itu, dia dibebaskan dengan bon di bawah Seksyen 49 Akta Prosedur Jenayah,” ujarnya.

Polis menahan empat lelaki termasuk seorang dalang setelah disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak itu yang dilarikan tiga lelaki menaiki sebuah Proton Saga ketika mangsa dihantar ibunya ke sebuah prasekolah di Sungai Chua, Kajang dalam kejadian kira-kira pukul 9.26 pagi, Jumaat lalu.

Kesemua suspek berumur lingkungan 28 hingga 45 tahun ditahan secara berasingan malam Jumaat lepas dan seorang daripada mereka adalah warga Indonesia.

Antara yang ditahan ialah pemandu teksi yang menghantar pulang kanak-kanak itu.

Kanak-kanak lelaki itu dibebaskan dan dihantar pulang oleh pemandu teksi berkenaan kepada keluarga mangsa di Taman Suria, Sungai Chua setelah wang tebusan sejumlah RM300,000 dibayar bapa mangsa kepada suspek.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pemandu-teksi-dibebaskan-tiga-suspek-culik-didakwa-hari-ini-1.146995


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.