Rabu, 21 Oktober 2015

Rabu, Oktober 21, 2015
Polis Tahan Reman 3 Wanita Gaduh | Polis menahan tiga wanita berusia 20-an bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang videonya menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Polis Tahan Reman 3 Wanita Gadu

Seorang daripadanya ditahan dua hari lalu di Padang Tembak, di Kota Baharu manakala, dua lagi ditahan di rumah mereka di Taman Sari dan Wakaf Mek Zainab, di sini antara 3 hingga 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mereka ditahan reman tiga hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Rakaman video berdurasi dua minit 11 saat itu menunjukkan seorang wanita dibelasah teruk oleh dua lagi kaum sejenisnya dipercayai akibat penipuan perniagaan secara dalam talian.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/86879#sthash.pi4Ce8dm.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.