Rabu, 14 Oktober 2015

Rabu, Oktober 14, 2015
Restoran India Muslim Di Arah Tutup Kerana Kotor | Restoran India Muslim yang pekerjanya dilihat membersihkan kuali menggunakan penyapu diarahkan tutup esok kerana kotor selepas diperiksa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), petang tadi.


Jurucakap jabatan itu yang dipetik Harian Metro berkata, restoran berkenaan diarahkan tutup sehingga pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihannya.

Menurut laporan itu, pemeriksaan mengejut dibuat oleh lapan penguat kuasa jabatan berkenaan di seluruh kawasan premis termasuk bahagian dapur selepas menerima aduan orang ramai yang melihat video itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan di restoran berkenaan tidak memuaskan dan kita beri notis supaya restoran ditutup esok.

“Kita akan beri kelulusan untuk restoran itu beroperasi semula apabila ia benar-benar bersih,” katanya.

Video salah seorang pekerja restoran berkenaan yang menggunakan penyapu untuk membersihkan kuali menjadi viral semalam selepas salah seorang pelayar Facebook memuatnaik video itu.

Ia kemudian mendapat perhatian netizen yang mengecam perbuatan itu di samping mempertikaikan tahap kebersihan premis berkenaan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/restoran-guna-penyapu-cuci-kuali-diarah-tutup-1.440014


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.