Ahad, 11 Oktober 2015

Ahad, Oktober 11, 2015
Sehelai Bendera Malaysia & 3 Gambar Di Serah Kepada Polis Malaysia | Sehelai bendera Malaysia dan tiga keping gambar Pulau Sugbay sudah diserahkan kepada pihak polis oleh pengadu, Jamil Omar, 46, yang sebelum ini dibawa ke Malaysia oleh ibu saudaranya.

Sehelai Bendera Malaysia & 3 Gambar Di Serah Kepada Polis Malaysia

Siti Kayam Kisung, 57, berkata, dia turut terkejut selepas mendengar khabar berkenaan sebelum bergegas mendapatkan bendera berkenaan.

Menurutnya, dia yang dari Pulau Tabawan, Selatan Filipina datang ke Sabah, pada Khamis lalu dengan membawa bendera Malaysia yang didakwa ditemui ahli keluarga mereka di pulau terbabit.

"Bendera itu ditemui dalam bangkai pesawat oleh penduduk pulau itu yang pergi memburu burung.

€Ž"Saya berikan semua bukti itu kepada anak saudara sebelum diserahkan bendera itu kepada polis bersama tiga keping gambar pulau atau lokasi umum tempat itu.

€Ž"Penduduk di sana mendakwa terlihat bangkai pesawat di pulau itu ketika melawat keluarga di Pulau Sugbay, September lalu," katanya ketika ditemui di rumah anak saudaranya, Jamil Omar, di Kampung Tb Wad, Batu Dua, petang tadi.

Menurutnya, orang sana tidak kenal bendera Malaysia dan tidak tahu apa-apa mengenai pesawat yang hilang sebab kawasan yang kurang berpenghuni dan sangat jauh serta tiada komunikasi.

"Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.

"Saya kemudian datang ke Sabah lalu menceritakan hal ini kepada mereka dan seorang anak buah saya membuat laporan polis agar dapat membantu dalam pencarian terbabit," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/84260


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.