Rabu, 14 Oktober 2015

Rabu, Oktober 14, 2015
Sekeping Biskut Ini Berharga RM64,241.08 | Sekeping biskut yang didakwa sebahagian daripada kit kecemasan yang disimpan di bot simpanan kapal Titanic bakal dilelong pada harga £10,000 (RM64,241.08).

Sekeping Biskut Ini Berharga RM64,241.08

Menurut laporan dari ITV News Reports, biskut itu disimpan oleh seorang penumpang bot SS Carpathia yang membantu operasi menyelamat kapal Titanic.

Penumpang tersebut, James Fenwick menyimpan biskut berkenaan dalam sebuah kotak filem Kodak berserta nota tertulis 'Biskut dari bot simpanan Titanic, 1912'.

Di biskut berkenaan tertulis 'Sallers & Bakers' dan 'Pilot'.

Biskut tersebut juga dianggap sebagai artifak dan akan dilelongkan melalui Henry Aldridge & Son di Devices 24 Oktober nanti.

via
http://www.sinarharian.com.my/global/biskut-berharga-hampir-rm65-000-1.439942




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.