Jumaat, 16 Oktober 2015

Jumaat, Oktober 16, 2015
"Tolong Bersihkan Nama Saya" Ujar Pemandu Teksi Kes Culik Di Kajang | Pemandu teksi yang menghantar pulang kanak-kanak lima tahun yang diculik di Kajang baru-baru ini berkata penahanannya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penculikan terbabit memalukan keluarganya.

"Tolong Bersihkan Nama Saya" Ujar Pemandu Teksi Kes Culik Di Kajang

"Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya," kata beliau kepada pegawai polis apabila dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dibebeaskan setelah beliau ditahan selama seminggu untuk membantu siasatan.

"Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa," katanya.

Pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, ditahan bersama tiga lelaki lain yang terlibat di dalam kes penculikan tersebut

Sebelum ini, Hanizan berkata dia menemui kanak-kanak itu bersendirian di tepi jalan dan dapat mengenalpasti kanak-kanak itu hasil viral gambar menerusi media sosial.

Bagaimanapun, Hanizan enggan memaklumkan bagaimana dan dimana dia menemui kanak-kanak tersebut.

Setelah seminggu ditahan polis, Hanizan dibebaskan dan disahkan tidak terlibat dalam kes penculikan terbabit.

Tiga lagi yang ditahan didakwa di mahkamah pada pagi Jumaat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.

sumber


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.