Ahad, 25 Oktober 2015

Ahad, Oktober 25, 2015
Tomok Sah Patah Bahu Kiri Kerana Bola | Tomok disahkan patah dibahagian bahu kiri ketika bermain bola sepak pada petang Jumaat lalu.

Tomok Sah Patah Bahu Kiri Kerana Bola

Kakaknya, Ismaliza Ismail, 35 memberitahu,Tomok kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Tomok dibawa menaiki ambulan ke KPJ Shah Alam selepas terjatuh ketika bermain bola di sana, selepas itu dia dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

"Setakat ini selepas pemeriksaan xray, doktor mengesahkan bahu kirinya patah. Doktor juga ada beri pilihan untuk dia buat pembedahan atau tidak," lapor mStar Online.

Sementara itu, Tomok menerusi laman Instgram memuat naik sekeping gambar x-ray dan menjelaskan keadaan kecederaan yang dialaminya.

Menurutnya, dia masih belum membuat keputusan sama ada untuk membuat pembedahan atau tidak.

"Nasib tidak baik semalam, tengah main bola padang, saya terjatuh dan landing bahu sebelah kiri dahulu. Panik juga la sebab bunyi prakkk... masa jatuh. Ambulans kemudian bawa saya ke hospital.

"Lepas x-ray doktor suruh saya buat pilihan sama ada buat operate atau tidak, entahlah tengah fikir lagi," tulisnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/10/24/tomok/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.