Selasa, 13 Oktober 2015

Selasa, Oktober 13, 2015
Tunku Abdul Jalil Di Tauliah Inspektor | Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar selamat memakaikan pangkat Inspektor Polis kepada Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Serene, hari ini.

Tunku Abdul Jalil Di Tauliah Inspektor

Turut menyaksikan majlis itu ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman selain pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Tunku Abdul Jalil berkata, beliau gembira dan juga bersyukur selain mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya mengikut latihan sudah empat tahun yang lepas dan hari ini saya ditauliahkan sebagai seorang Inspektor. Saya akan menghadiri kursus kursus lain yang sesuai tidak kira di Johor atau di mana sahaja," katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Khalid berkata, serentak dengan pemakaian pangkat itu, Tunku Abdul Jalil menyandang jawatan Ketua Turus Pengelola Diraja Istana Johor mulai hari ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/84816#sthash.XJ5kNDVH.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.