Ahad, 11 Oktober 2015

Ahad, Oktober 11, 2015
Turki Tembak Jatuh Pesawat Pejuang Milik Russia : Laman Twitter kini dipenuhi rumors yang mengatakan sebuah pesawat tentera udara Russia yang belum dikenalpasti identiti telah ditembak jatuh oleh tentera Turki menggunakan senjata anti udara.

Turki Tembak Jatuh Pesawat Russia

Semuanya bermula apabila pengguna twitter melaporkan melihat satu letupan besar berlaku di udara pada waktu malam di utara Syria.

Pesawat yang masih belum dikenali tersebut dilaporkan jatuh berhampiran bandar Aleppo, 30 batu dari sempadan Turki.

Bagaimanapun ianya masih belum disahkan secara rasmi namun beberapa website mula menyiarkan berita ini.

Turki Tembak Jatuh Pesawat Russia

Turki Tembak Jatuh Pesawat Russia

Seorang wartawan, Yasser Alhaji yang berada berhampiran kawasan tersebut turut melaporkan perkara sama.

Minggu lalu, 2 pesawat Russia dilaporkan memasuki wilayah Turki. Sebuah darinya telah membuat "lock target" keatas pesawat F16 Turki selama 5 minit 40 saat sebelum beredar ke ruang angkasa Syria.

Turki mengancam akan menembak jatuh jika ianya berulang. Manakala Russia menganggap ianya kesilapan teknikal.

sumber
http://www.conspiracyclub.co/2015/10/10/breaking-news-turkey-shoots-down-russian-jet/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.