Jumaat, 2 Oktober 2015

Jumaat, Oktober 02, 2015
Wanita Pakai Buih Foam Gara-Gara Tersilap Syampu? | Gara-gara tidak membaca label produk, seorang wanita tidak sengaja memakai 'foam' (buih) polyurethane yang digunakan dalam pembinaan bangunan untuk mendandan rambutnya sehingga rosak.

Wanita Pakai Buih Foam Gara-Gara Tersilap Syampu

Gambar wanita pertengahan umur yang dipenuhi buih polyurethane di kepalanya itu, dipercayai diambil di sebuah hospital di timur Eropah menjadi viral, semalam.

Dia kelihatan sedang duduk di ruang menunggu hospital dengan buih polyurethane yang memenuhi kepalanya.

Jika diperhatikan pada gambar itu, terdapat ranting dan daun melekat pada rambutnya menambahkan lagi spekulasi bahawa wanita terbabit mungkin tergesa-gesa keluar untuk ke hospital sehinggakan meredah pokok di kawasan yang dilaluinya.

Buih polyurethane ini selalunya digunakan untuk menampal kebocoran dan mengisi ruang kecil ketika pembinaan.

Sehingga kini, identiti serta lokasi wanita misteri itu masih belum diketahui.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/81322#sthash.wDABubC3.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.