Sabtu, 31 Oktober 2015

Sabtu, Oktober 31, 2015
Warga Emas Di Denda RM120,000 Hina Raja-Raja Melayu | Tindakan melampau seorang warga emas yang menghina Raja-Raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong seba­nyak tiga kali melalui laman sosial Facebook menerima padah apabila dia didenda RM120,000 oleh Mahkamah Sesyen Temerloh semalam.


Mahkamah menetapkan tertuduh boleh dipenjara selama 30 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Wan Fatul Johari, 68, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Manakala pihak pendakwa pula berjaya membuktikan kes tersebut dalam ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3q8RHfsMi


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.