Jumaat, 16 Oktober 2015

Jumaat, Oktober 16, 2015
Zamani LARI Dari Rumah Pengasih : Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44, yang menjalani rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah di Rumah PENGASIH didakwa melarikan diri dari pusat pemulihan itu, malam tadi.

Zamani LARI Dari Rumah Pengasih

Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd, berkata penyanyi itu dikesan menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu yang tidak dikenali pada jam 10.26 malam tadi.

"Kereta itu dilihat memasuki kawasan Rumah PENGASIH dan terus berlalu pergi berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup," katanya.

Berikutan itu, Yunus berkata, laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu, sumber terdekat Zamani menjelaskan isu melarikan diri tidak timbul kerana tiada perintah mahkamah untuk menempatkan beliau di pusat rawatan berkenaan.

Sebelum ini, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu. Zamani turut diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/89465?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.