Rabu, 18 November 2015

Rabu, November 18, 2015
Anggota Polis Parah Jatuh Tingkat 3 | Seorang polis berpangkat Lans Koperal parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di Jalan Lone Pine, Paya Terubong, pagi tadi.



Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azrell Zainal Abidin, terjatuh akibat tergelincir ketika cuba memasuki rumahnya.

Menurut sumber, mangsa cuba memanjat bahagian koridor rumahnya untuk mengambil kunci yang tertinggal di dalam kediamannya. Bagaimanapun, katanya, mangsa gagal mengimbangkan badannya dan tergelincir ketika berbuat demikian.

"Mangsa memanjat bahagian koridor rumahnya untuk mengambil kunci yang tertinggal kunci di dalam rumahnya, selain isterinya sedang berkursus di Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, mengesahkan kejadian terbabit.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/98036


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.