Khamis, 12 November 2015

Khamis, November 12, 2015
Batu Permata Merah Jambu Di Lelong RM122.5 Juta | Batu permata berwarna merah jambu dan yang terbesar pernah dilihat dalam lelongan, dijual dengan harga AS$28.5 juta (RM122.5 juta), nilai yang jauh daripada jangkaan awal firma lelongan Christie.

Batu Permata Merah Jambu Di Lelong RM122.5 Juta

Seorang pembida yang tidak mahu dikenali menawarkan harga tertinggi itu untuk permata 16.08 karat yang jarang ditemui di dunia.

Satu lagi permata biru 12.03 yang disifatkan oleh pakar permata sebagai 'tiada cacat celanya' kini ditawarkan oleh firma lelongan pesaing, Sotheby, di lelongan Geneva hari ini yang bakal mencatat rekod tertinggi sehingga AS$55 juta.

Permata merah jambu yang dimiliki oleh satu keluarga Amerika sejak 15 tahun lalu adalah batu ukiran paling besar yang dikatakan mempunyai reka bentuk elit kategori "fancy vivid".

Christie pada awalnya menjangkakan harga permata itu sekitar AS$23 juta dan AS$28 juta sahaja. "Ini adalah harga yang tertinggi untuk permata yang berkualiti," kata pengurus bahagian mewah Christie, Francois Coriel, kepada wartawan selepas ketukan terakhir bidaan yang berlarutan sehingga waktu malam.

Batu Permata Merah Jambu Di Lelong RM122.5 Juta

Rahul Kadakia, Pengurus Antarabangsa Permata di Christie sebelum ini berkata batu permata merah jambu itu berpotensi untuk menjangkau harga sehingga lebih AS$30 juta. Permata berwarna kini menjadi tumpuan dan idaman pembeli disebabkan faktor kesukaran untuk memperolehnya di pasaran sehingga harganya terus melambung.

"Batu permata berwarna sejak tahun kebelakangan ini menunjukkan harga yang terus meningkat. Sebahagian disebabkan ia amat jarang ditemui namun sebahagian lagi faktor adalah kecantikannya," kata David Bennett, pengurus antarabangsa bahagian permata di Sotheby. - AFP

sumber
http://www.bharian.com.my/node/96034


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.