Jumaat, 20 November 2015

Jumaat, November 20, 2015
Budak Perempuan 3 Tahun Parah Di Tembak Di Kepala | Budak perempuan berusia 3 tahun dan bapanya, 30-an, parah ditembak tiga das oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di depan bank di Jalan Besar, pekan Semenyih, 10 malam tadi.

Budak Perempuan 3 Tahun Parah Di Tembak Di Kepala

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, budak perempuan itu terkena tembakan di kepala, manakala bapanya di leher.

"Hasil siasatan awal mendapati, suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Menurutnya, dua beranak itu di bawa ke Hospital Kajang untuk dirawat dan keadaan mereka dilaporkan kritikal.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/94439#sthash.6ZvALJ3H.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.