Rabu, 18 November 2015

Rabu, November 18, 2015
Donald Trump Mahu Separuh Masjid Di US Di Tutup | Bilionair dan salah seorang calon untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump menyatakan, AS perlu ‘menimbang dengan serius’ untuk menutup sebilangan masjid di negara berkenaan bagi mengekang serangan militan.

Donald Trump Mahu Separuh Masjid Di US Di Tutup

“Anda perlu memantau dan menyiasat masjid-masjid kerana banyak yang diperkatakan di dalamnya,” kata Trump kepada stesen televisyen kabel, MSNBC selepas serangan berdarah di Paris pada Jumaat lalu yang menyebabkan 129 orang terbunuh.

Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls kelmarin memaklumkan bahawa masjid dan kumpulan radikal yang menyerang nilai-nilai murni negara itu perlu ditutup.

MSNBC bertanya sama ada Trump akan melakukan perkara sama di AS jika dia menjadi Presiden.

“Saya tidak suka melakukannya tetapi itu sesuatu yang kamu perlu pertimbangkan dengan serius. Ini kerana sesetengah idea dan sebahagian daripada kebencian, kebencian yang mutlak, datang dari tempat sedemikian (masjid),” katanya.

Trump yang mendahului senarai pencalonan Parti Republikan bagi pilihan raya Presiden AS pada tahun hadapan mahu ‘pemantauan rapi’ ke atas masjid yang dilakukan oleh pentadbiran bandar raya New York susulan serangan 11 September 2001, perlu disambung semula.

Pemimpin-pemimpin Parti Republikan lain setakat ini masih belum membuat kenyataan terbuka untuk menutup masjid-masjid.

Bagaimanapun, selepas serangan di Paris, ramai yang bangkit menentang keras kemasukan pelarian Syria ke AS atas faktor keselamatan. – AFP

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.