Ahad, 15 November 2015

Ahad, November 15, 2015
Handphone Selamatkan Lelaki Ini Dari Mati Di Tembak | Seorang lelaki Perancis mendakwa telefon bimbitnya menyelamatkan nyawanya daripada serangan pengganas yang berlaku di luar Stadium Nasional Perancis, semalam.

Handphone Selamatkan Lelaki Ini Dari Mati Di Tembak

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Sylvestre berkata, kepalanya sudah tentu akan berkecai sekiranya dia tidak memegang telefon bimbit berkenaan semasa melindungi kepalanya daripada terkena tembakan.

Imej Sylvestre bersama telefon bimbitnya dirakam tidak lama selepas serangan di Paris.

Telefon bimbit jenama Samsung miliknya, retak pada skrin, manakala satu lubang besar terbentuk pada bahagian belakang gajet tersebut.

Handphone Selamatkan Lelaki Ini Dari Mati Di Tembak

Bercakap kepada iTele sebagaimana lapor portal Mirror.co.uk, Sylvestre berkata, telefon yang terkena peluru itu menyelamatkan nyawanya.

“Jika tidak, kepala saya akan pecah dan saya tidak berharap perkara itu berlaku kepada sesiapa pun,’’ katanya.

Namun kata Sylvestre, dia turut terkena tembakan pada kakinya dan mengalami luka akibat serpihan peluru yang terkena tulang rusuknya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/telefon-bimbit-selamatkan-lelaki-1.158428#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.