Rabu, 18 November 2015

Rabu, November 18, 2015
Ibu 'Masak' Bayi Hingga Maut Dalam Ketuhar 5 Minit | Seorang wanita berhadapan hukuman penjara 26 tahun selepas didapati bersalah memasukkan bayinya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan memasak mangsa selama 5 minit.

Ibu 'Masak' Bayi Hingga Maut Dalam Ketuhar 5 Minit

Dalam perbicaraan kelmarin, Ka Yang, 34, didakwa membunuh Mirabelle Thao-Lo, dua bulan pada 17 Mac 2011.

Thao-Lo ditemui dengan kesan terbakar sebanyak 60 peratus termasuk pembakaran radiasi di organ dalamannya.

Mahkamah menolak kenyataan sebelum ini yang mengatakan dia mengalami sawan jenis epileptic ketika kejadian tersebut.

Pendakwa raya pula menuduh Ka Yang‎ berbohong selepas ahli forensik menemui puting bayi di dalam ketuhar berkenaan.

Menurut akhbar tempatan Sacramento Bee, Ka Yang‎ sedang mendukung bayinya ketika dia diserang sawan.

Ka Yang mendakwa dia pengsan selepas itu dan mendapati bayinya cedera parah di dalam ketuhar.

Detektif memberitahu Ka Yang‎ mengaku berbohong kepada mahkamah dan memberi alasan lain iaitu mempunyai personaliti berbeza.

Peguambela Ka Yang,‎  Linda Parisi cuba meyakinkan mahkamah bahawa wanita itu mempunyai sawan dan tidak sengaja membunuh Thao-Lo.

"Dia tidak pernah mendera bayinya. Dia tiada rekod jenayah sebelum ini," kata Parisi ketika ditemu ramah.

Wakil keluarga Ka Yang‎ mengatakan dia seorang yang lemah-lembut dan 'tidak tahu apa yang dilakukan'(ketika kejadian).

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada Ka Yang Disember nanti.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/ibu-masak-bayi-dalam-ketuhar-5-minit-1.452357


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.