Jumaat, 20 November 2015

Jumaat, November 20, 2015
IS Papar Contoh Bom Yang Letupkan Kapalterbang Russia | Majalah rasmi kumpulan militan IS, kelmarin, memaparkan bom buatan sendiri menggunakan air minuman ringan, Shweppes  yang didakwa telah digunakan untuk meletupkan pesawat Rusia di Semenanjung Sinai pada bulan lalu.

IS Papar Contoh Bom Yang Letupkan Kapalterbang Russia

Foto dipaparkan dalam majalah berbahasa Inggeris, Dabiq itu turut menunjukkan tiga komponen utama untuk menghasilkan bahan letupan tersebut.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kirby memaklumkan Washington tidak dapat mengesahkan sama ada maklumat yang dipaparkan dalam majalah itu adalah palsu atau tidak.

"Kami percaya aktiviti pengganas mungkin penyebab nahas tersebut," katanya.

Selasa lalu, negara Barat dan Moscow mencapai kesimpulan bahawa pesawat terbabit telah dibom, namun Kerajaan Mesir mendakwa pasukan penyiasat mereka masih belum menemui bukti menunjukkan nahas tersebut berlaku akibat perbuatan jenayah.  - Press TV

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/is-dakwa-guna-bom-buatan-sendiri-1.453570


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.