Rabu, 25 November 2015

Rabu, November 25, 2015
Jawapan Balas Lisa Surihani Mengenai Gambar Anak Yang Jadi Perbualan Hangat | Prinsip Yusry dan Lisa Surihani untuk tidak mendedahkan gambar anak mereka, Yahaira Leanne secara terbuka mula mengundang persepsi negatif masyarakat di luar.

Jawapan Balas Lisa Surihani Mengenai Gambar Anak Yang Jadi Perbualan Hangat

Malah, insiden seorang pekerja di lapangan terbang Changi, Singapura yang mengambil gambar keluarga tiga beranak ini dan kemudian memuat naiknya di laman Twitter mula mencetus kecaman buat keluarga bahagia ini.

Akhirnya setelah isu ini menjadi perbualan hangat peminat, Lisa Surihani tampil membuka isi hati dia sekeluarga yang berasa terkilan hati.

Prinsip mengenai anak kesayangan itu yang tidak mahu terlalu didedahkan buat masa ini kerana masih terlalu muda mula disalah erti dan menjerut dirinya yang berniat baik.

"Tak timbul soal Lisa bengang, marah atau geram apabila insiden itu terjadi. Lisa cuma terkilan sahaja. Lisa rasa Lisa tahu pekerja mana yang mengambil gambar itu dan memuat naiknya di laman Twitter.

"Dia seorang wanita dan Lisa sedar kehadirannya. Ketika itu Lisa, suami dan anak berada kaunter di lapangan terbang Changi di Singapura. Lisa nampak dia senyum pada kami, dan Lisa balas senyuman kepadanya."

"Dia berada tak jauh daripada kami jadi lebih molek kalau bertegur sapa dan meminta izin untuk bergambar daripada mengambil gambar curi. Lisa tahu niat dia baik dan teruja untuk berkongsi gambar kami di laman maya. Benar lapangan terbang itu tempat awam dan kami tidak layak mengawal kebebasan umum."

"Apa yang Lisa luahkan ini membabitkan soal anak. Sebagai ibu dan bapa, Lisa dan Yusry ada sifat melindungi kerana Yahaira bukan selebriti. Jika gambar kami berdua yang disebarkan, kami okey kerana sudah masak dan kebal dengan dunia seni ini. Ini terjadi kepada Yahaira yang tak tahu apa-apa," katanya.

Menurut Lisa, selepas pantang lagi, dia dan suami sudah membawa anak mereka di tempat yang ramai khalayak termasuk di pusat beli-belah.

"Tidak timbul soal dia cuba menyorok anaknya daripada tatapan umum. Cuma seperti mana kenyataan Yusry sebelum ini, dia tidak mahu Yahaira terlalu terdedah di alam maya buat masa ini.

"Lisa tahu ramai yang nak tengok wajah Yahaira. Kalau di tempat awam, ada yang datang menegur kami dan nak tengok wajahnya... Lisa tunjukkan.

"Ada peminat yang minta izin nak ambil gambar Yahaira tetapi Lisa menolaknya dengan baik. Lisa dan Yusry berterus terang mengenai prinsip kami. Peminat pun memahami dan mereka faham malah ada kalanya sempat bersembang sementara.

"Cuma Lisa ada mendengar cakap cakap belakang, kalau tak nak tunjuk wajah anak lebih baik "simpan dalam rumah", sorok muka Yahaira dengan selimut atau tutup mukanya sahaja dengan topeng atau kain.

"Tapi itu juga tidak normal. Lisa mahu Yahaira membesar dengan normal. Ada juga yang cakap sekalipun Yahaira bukan selebriti tetapi tempias Lisa dan Yusry tetap ada padanya.

"Benar hal itu tak dapat dielakkan. Cuma Lisa mohon pengertian semua, biarlah Yahaira yang tetap dan putuskan nak jadi apa.

"Mahupun nak jadi anak seni sekalipun atau memiliki akaun laman sosial apabila sudah besar dan boleh berfikir.

Sekurang-kurangnya hormatlah hak Yahaira sebagai individu," katanya. Yahaira dilahirkan pada 15 September lalu di Pusat Perubatan Pantai.

Selepas kelahiran Yahaira, pasangan ini pernah berkongsi gambar mereka bertiga melalui Astro HLive dan Astro Awani kepada umum sekalipun hanya mendedahkan sisi tepi mukanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/99596


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.