Rabu, 18 November 2015

Rabu, November 18, 2015
JAWI Buru USTAZ Kasanova, Kahwini 8 Isteri | Seorang lelaki yang digelar ‘Ustaz Kasanova’ kerana mempunyai lapan isteri kini diburu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (Jawi) selepas gagal mematuhi proses jaminan Bahagian Penguatkuasaan Jawi dan hilang tanpa kesan.

JAWI Buru USTAZ Kasanova, Kahwini 8 Isteri

Mohd. Razis Ismail, 33, dikehendaki pihak berkuasa agama itu selepas gagal hadir menyambung proses jaminannya pada 29 Oktober lalu atas kesalahan terlibat dalam pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, siasatan mendapati suspek yang berasal dari Kuala Lumpur telah berkahwin dengan lapan wanita tanpa mengikut prosedur undang-undang dan hukum syarak serta tidak mendaftarkan perkahwinan dan penceraiannya.

“Suspek yang berperwatakan seperti ustaz dengan gelaran Arrozi Abd. Rahman dan Ibnu Ar Razi menggunakan status bujang untuk menipu mangsa untuk berkahwin dengan menyasarkan golongan penuntut wanita di institusi pengajian tinggi dan janda yang mempungai pendapatan bagi menampung hidupnya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Paimuzi, salah seorang wanita yang dipercayai mangsa suspek telah ditahan dan dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan lima sebatan syariah atas kesalahan persetubuhan luar nikah.

Katanya, orang ramai diharap dapat membantu menyalurkan maklumat bagi mengesan suspek dengan menghubungi pegawai penyiasat, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas 1-800-88-1771.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.