Rabu, 4 November 2015

Rabu, November 04, 2015
Pada 1 November lalu, bukan Rozita Che Wan dan Zain Saidin saja yang meraikan sambutan hari lahir anak mereka, Aaisyah Dhia Rana yang genap setahun.

Kali Pertama Diana Rafar & Zamarul Sambut Harilahir Anak Besar-Besaran

Diana Rafar dan suaminya, Zamarul Hisham turut meraikan hari lahir intan payung mereka, Kashfi Haiqal pada hari yang sama. Kashfi atau Kash genap lima tahun pada 29 Oktober lalu.

Sambutan majlis tempoh hari diadakan di Restoran Alsham Castle di Shah Alam. Lebih istimewa majlis yang bertemakan dekorasi permainan Lego itu turut meraikan 40 orang anak yatim Al Firdaus Denai Alam di Shah Alam.

Lucunya kerana majlis itu diadakan di restoran makanan Arab, tema Lego yang dipilih sudah bertukar menjadi konsep Asia Barat apabila dimeriahkan dengan tarian dan gendang dari negara berkenaan.

Kali Pertama Diana Rafar & Zamarul Sambut Harilahir Anak Besar-Besaran

Menurut Diana majlis sambutan hari lahir itu yang kali pertama dianjurkannya dan suami dalam skala besar. Di sebalik hujan lebat ia tak menghalang lebih 600 tetamu hadir memeriahkan majlis itu.

"Sebelum ini kami hanya meraikan hari lahirnya dalam skala kecil. Cukup beli kek dan hadiah kepadanya. Cuma apabila dia semakin membesar dan pandai bercakap, pernah dia ajukan soalan seperti tak buat ke majlis hari lahir Kash? Kami sebagai ibu bapa jadi serba salah apabila dia bertanya begitu.

Kali Pertama Diana Rafar & Zamarul Sambut Harilahir Anak Besar-Besaran

Tapi tak apalah bukan selalu pun buat majlis macam ini, maka kami akhirnya memenuhi permintaannya.

"Lebih bermakna majlis ini turut meraikan anak yatim. Saya tak pernah jumpa anak yatim yang berumur dari lima tahun ke bawah. Selalunya anak yatim ini diraikan dalam acara tertentu sahaja.

Kash pun suka dapat jumpa kawan baru. Terima kasih juga kepada Ceria Canopy yang merealisasikan tema Lego yang diingini," kata Diana.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/94258


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.