Ahad, 15 November 2015

Ahad, November 15, 2015
Kanak-Kanak 1 Tahun Parah Tercucuk Chopstick | Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa menahan sakit selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk di tekaknya.

Kanak-Kanak 1 Tahun Parah Tercucuk Chopstick

Kejadian di wilayah Hubei itu dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu yang berada di atas alat bantuan berjalan bermain dengan penyepit makanan sebelum terjatuh.

Kanak-kanak malang berkenaan dipercayai menggigit penyepit makanan itu menyebabkan ia tercucuk tekaknya ketika dia jatuh.

Ibu bapa mangsa yang bergegas mendapatkan anak mereka terkejut selepas mendapati mulut kanak-kanak itu berdarah dengan penyepit makanan tercucuk di tekaknya.

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di wilayah Hubei untuk rawatan lanjut.

Doktor pada mulanya terkejut apabila melihat kanak-kanak itu, tetapi mendapati kecederaannya tidak parah.

Kanak-kanak itu menjalani satu pembedahan selama satu jam dan doktor berjaya mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.

Doktor berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana penyepit makanan tidak mengenai saraf dan saluran darah penting.

“Kanak-kanak ini berada dalam keadaan stabil dan mungkin dibenarkan pulang beberapa hari lagi,” katanya.

Ini bukanlah kejadian pertama kanak-kanak terpaksa dirawat di hospital selepas tercucuk penyepit makanan di China.

Awal tahun ini seorang kanak-kanak lelaki menjalani satu pembedahan selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk hingga ke otaknya.

Kanak-kanak berusia setahun itu dilaporkan makan sebelum terjatuh menyebabkan penyepit makanan tercucuk ke dalam lubang hidungnya hingga ke otak. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/93187#sthash.Id5plEFQ.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.