Selasa, 3 November 2015

Selasa, November 03, 2015
Kes Ika Nabila Dipukul, Rosyam Nor Arah Drama Ditanggihkan : Insiden pukul yang melibatkan pengarah drama terhadap Ika Nabella telah menyebabkan penggambaran drama berkenaan iaitu Dawai Asmara terbitan Suhan Movies terpaksa ditangguhkan.

Kes Ika Nabila Dipukul, Rosyam Nor Arah Drama Ditanggihkan

Penerbitnya, Datuk Rosyam Nor berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh Ika Nabella terhadap pengarah drama itu, Azma Aizal Yusoof.

"Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai," ujarnya lapor mStar Online.

Rosyam diminta mengulas tentang isu pergaduhan yang melibatkan pengarah dan pelakon drama berjudul Dawai Asmara pada petang Isnin lalu.

Ika Nabella,  mendakwa dipukul seorang pengarah drama di lokasi penggambaran di Hulu Klang, tengah hari Isnin.

Dalam kejadian itu, Ika mendakwa dia ditumbuk dan dipukul pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki tersebut.

Berikutan kejadian itu, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian.

Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia , TV3.

Kes Ika Nabila Dipukul, Rosyam Nor Arah Drama Ditanggihkan
Azma Aizal Yusoof- Dari Kiri

Sementara itu, Rosyam menambah, dia juga terkejut apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.

Dia sudah pun bertemu dengan pengarah berkenaan selain membantu siasatan pihak polis.

"Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan tadi baru selesai saya bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan," ujarnya.

Tambah Rosyam, drama yang turut dibintangi oleh Sherry Merlis dan Mahmud Ali Basha itu bakal disiarkan pada Januari tahun hadapan untuk TV3.

Sementara itu, Ika ketika dihubungi berkata, dia masih lagi dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi.

Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai kejadian itu atas arahan pihak berkuasa dan keluarga selain atas faktor keselamatan.

"Saya masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi. Saya sudah membuat laporan polis malam tadi (Isnin) dan saya serahkan semuanya kepada pihak polis.

"Buat masa ini pihak polis dan keluarga minta supaya saya tidak memberi sebarang komen atas faktor keselamatan diri saya. Saya doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/11/03/rosyam-insiden-tumbuk/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.