Jumaat, 13 November 2015

Jumaat, November 13, 2015
Lelaki Jatuh Atas Kereta, Pemandu Maut | Pemandu kereta maut selepas kenderaan yang sedang dipakir itu ditimpa lelaki yang jatuh dari bangunan hotel di Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka Tengah, kira-kira 11.30 pagi tadi.

Lelaki Jatuh Atas Kereta, Pemandu Maut

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dipercayai baru meletakkan kenderaanya sebelum ke tempat kerja.

Namun secara tiba-tiba kenderaan terbabit dihempap lelaki yang jatuh dari bangunan menyebabkan bumbung kereta bahagian pemandu remuk.

"Polis kini sedang menunggu pasukan forensik untuk melakukan pemeriksaan sebelum mayat mangsa dihantar ke hospital.

"Lelaki yang jatuh dari bangunan itu pula dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan kecemasan," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/92827#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.