Khamis, 12 November 2015

Khamis, November 12, 2015
Mana Penjenayah Dari Malaysia? | Selepas Thailand membuat pendakwaan secara besar-besaran ke atas 88 dalang sindiket pemerdagangan manusia kelmarin, pelbagai pihak mendesak Malaysia turut mengambil tindakan garang dalam memerangi kumpulan penyeludupan manusia di negara ini.

Mana Penjenayah Dari Malaysia?

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin semalam dengan lantang menggesa kerajaan bertindak tegas ke atas segelintir anggota dan pegawai agensi penguatkuasaan sempadan yang didakwanya menjadi dalang sindiket pemerdagangan manusia.

Zahidi dalam nada tegas berkata, isu sempadan negara yang kerap dibolosi untuk aktiviti penyeludupan barangan dan manusia bukan satu perkara baharu terutama di Padang Besar.

“Saya yakin ada dalam kalangan pegawai dan anggota penguat kuasa sempadan yang bersekongkol dengan tekong-tekong penyeludupan manusia ini dan siasatan terperinci harus dilakukan segera untuk menahan mereka bagi siasatan lanjut.

“Maklumat ini saya terima daripada penduduk kampung di Padang Besar yang merupakan kawasan saya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.