Khamis, 19 November 2015

Khamis, November 19, 2015
Mangsa  Pernah Minta Ibu Saudara Jaga Anak | Mangsa pembunuhan kejam, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, pernah menghantar mesej meminta ibu saudaranya menjaga anak lelakinya yang berusia 11 bulan sebelum kejadian berdarah berlaku.

Mangsa  Pernah Minta Ibu Saudara Jaga Anak

Menurut ibu saudaranya, Anita Abdul Aziz, 42, dia amat sedih dengan pemergian Allahyarham kerana tidak menyangka mesej melalui WhatsApp itu menjadi kenyataan dan merupakan wasiat ter­akhir Nurul Shahira.

Katanya, Allahyarham memintanya menjaga anak tunggal kerana pe­ngasuh sedia ada di Bukit Pasir di sini tidak lagi dapat menjaga anaknya bermula bulan depan.

“Kalau ikutkan Allahyarham, saya diminta menjaga anaknya bermula Disember ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Pasir di sini semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Hayati Abdul Aziz, 56, memberitahu, ketika Nurul Shahira dalam pantang selepas melahirkan anak lela­kinya itu, Allahyarham pernah berpesan supaya Anita menjaga anaknya.

“Pada masa itu, saya sangka anak saya bergurau tetapi sekarang ini, barulah saya faham maksudnya,” ujarnya.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.