Jumaat, 13 November 2015

Jumaat, November 13, 2015
Maut Di Tikam Banduan Lain Ketika Tidur | Seorang banduan di Penjara Seremban di Temiang, di sini, maut ditikam dengan kaca lampu di bahagian tengkuk oleh seorang banduan lain dipercayai berpunca dendam lama, semalam.

Maut Di Tikam Banduan Lain Ketika Tidur

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, Faizal Mat, 35, dibunuh J John, 42, ketika tidur dalam sel bersama 25 banduan lain.

Katanya, punca kejadian disebabkan mangsa dipercayai sering membuli suspek dalam kelas bimbingan di penjara berkenaan.

“Dalam sel didiami 26 banduan itu, mangsa mentor kepada 25 banduan lain. Mangsa difahamkan sering membuli suspek menyebabkan lelaki itu berdendam dengannya,” katanya.

Sumber itu berkata, kemuncaknya apabila suspek mengambil lampu dan memecahkannya lalu menikam tengkuk mangsa.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/92675#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.