Rabu, 25 November 2015

Rabu, November 25, 2015
Memang Benar Kami Perlukan Dana - Pusat Tahfiz Firdausi | “Bukan viral palsu, memang benar kami perlukan dana,” kata Ustaz Mazri Firdaus Mohd Ariffin, 45, pengasas Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi (MTFAW) selepas mesej viral mengenai madrasah itu perlukan sumbangan tersebar di laman sosial Facebook (FB).

Memang Benar Kami Perlukan Dana - Pusat Tahfiz Firdausi

Mesej viral yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan FB itu dipersoalkan pelbagai pihak sehingga ada yang menganggapnya sebagai palsu.

Kandungan mesej itu menyatakan bahawa MTFAW yang terletak di Batu 6, Jalan Pahang, memerlukan sumbangan RM350,000 bagi melangsaikan hutang jual beli tanah madrasah.

Ustaz Mazri Firdaus berkata, dia mengakui pihaknya memerlukan sumbangan sebanyak itu, namun menafikan mereka menyebarkan mesej berkenaan. Sebaliknya, ia tindakan penderma yang simpati dengan masalah dihadapi mereka.

“Saya sendiri terkejut apabila ramai pihak termasuk polis datang ke madrasah untuk mengesahkan mesej itu. Apabila dimaklumkan oleh penderma mengenai mesej itu, baru saya faham ada individu yang cuba membantu.

“Memang benar, kami memerlukan dana sebanyak itu untuk melangsaikan baki hutang tanah 4.5 hektar dan sekiranya kami gagal membayarnya sehingga hujung tahun ini, kami terpaksa keluar dari sini,” katanya.

Menurut Ustaz Mazri Firdaus, MTFAW ditubuhkan lima tahun lalu dan kerap berpindah randah sehinggalah madrasah baru berkenaan dibina Disember tahun lalu.

Ketika ini, ada tiga tenaga pengajar dan 45 pelajar terdiri daripada anak yatim piatu, anak fakir miskin dan anak mualaf.

“Sebelum ini, beberapa pihak menumpangkan kami di beberapa lokasi tertentu sebelum berpindah apabila tempohnya berakhir.

“Lokasi ini tapak madrasah pertama milik kami selepas ada individu yang sedia menjualnya pada harga RM1.4 juta. Bagaimanapun, ada masalah tidak dapat dielakkan sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Sumbangan serta bantuan boleh dihulurkan melalui akaun Maybank Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi di 558060504394 atau menghubungi Ustaz Mazri Firdaus di talian 014-2528085.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/95459#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.