Khamis, 12 November 2015

Khamis, November 12, 2015
Mr Bean Di Cerai Isteri | PELAKON yang terkenal dengan watak Mr. Bean, Rowan Atkinson, diceraikan isterinya selepas 24 tahun berkahwin.


Prosedur perceraian di mahkamah hanya mengambil masa 65 saat.

Isterinya, Sunestra Sastry, 54, memberikan alasan Atkinson 'berkelakuan tidak munasabah' kerana menjalinkan hubungan dengan seorang aktres Louise Ford, yang jauh lebih muda.

Atkinson, 64, dan Ford, 32, berkenalan selepas terbabit dalam satu pementasan di West End pada tahun 2013.

Laporan beberapa portal media antarabangsa menyebut Sastry sangat kecewa apabila Atkinson menggantikannya dengan wanita yang jauh lebih muda.

Atkinson dan Sastry mula tinggal berasingan sejak bulan Februari 2014.
Mereka berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan dua orang anak; Ben, 22 dan Lily, 20.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mr-bean-dicerai-isteri-dalam-tempoh-65-saat-80391


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.