Khamis, 12 November 2015

Khamis, November 12, 2015
Orang Utan Hampir Di Bunuh Penduduk Kampung | Sebuah pertubuhan perlindungan haiwan menyelamatkan seekor orang utan dan anaknya yang diserang penduduk kampung selepas habitat haiwan itu musnah dalam kebakaran hutan baru-baru ini.

Orang Utan Hampir Di Bunuh Penduduk Kampung

Pertubuhan Penyelamat Haiwan Antarabangsa berkata, haiwan itu dijumpai dalam keadaan ketakutan dan kurus ketika diselamatkan daripada penduduk kampung yang membaling batu.

“Orang utan itu sangat bernasib baik kerana pasukan kami tiba tepat pada waktunya, sekiranya terlewat haiwan berkenaan mungkin dibunuh,” kata pengarah kumpulan itu, Karmele Llano Sanchez.

“Ibu orang utan ini sangat kurus kerana ia tidak makan selama sebulan sejak kebakaran hutan tercetus,” katanya

Tambahnya, ibu orang utan dan anaknya yang masih kecil diselamatkan pada bulan lalu di Kalimantan Barat dan kini keadaan haiwan itu semakin baik.

“Dua beranak itu sudah dilepaskan kembali ke kawasan perlindungan orang utan dan kesihatannya masih dipantau,” jelasnya.

Menurutnya, sejak beberapa bulan lalu, kumpulan yang berpangkalan di Britain itu membuat berpuluh-puluh operasi menyelamatkan orang utan yang keluar dari habitat asalnya.

Kebakaran dan kemusnahan hutan untuk aktiviti pertanian menyebabkan habitat haiwan termasuk orang utan di Indonesia semakin mengecil.
- AFP

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/92491


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.