Khamis, 12 November 2015

Khamis, November 12, 2015
Tanah Runtuh Karak Highway: "Kereta Saya Di Hanyutkan Air" | "Air bercampur lumpur turun secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan saya hanyut," menurut seorang mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Naimran Ibrahim,37.

Tanah Runtuh Karak Highway: "Kereta Saya Di Hanyutkan Air" | "Air bercampur lumpur turun secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan saya hanyut," menurut seorang mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Naimran Ibrahim,37.   mmm  Situasi panik itu dilalui beliau bersama bapanya, Ibrahim Mohd Yunus, 62. Apa yang terlintas dalam fikirannya ketika itu hanyalah mahu menyelamatkan diri.   "Sebaik sedar kereta saya dihanyutkan air, saya bergegas keluar dan meninggalkan kereta. Waktu itu yang terlintas hanyalah mahu selamatkan diri dulu.   "Saya lari kira-kira 50 meter meninggalkan kereta. Saya lihat kereta saya dibawa arus air sebelum tersangkut di longkang," kata usahawan berasal dari Kuantan itu.   Naimran, antara sembilan pemandu dan penumpang lebuh raya terbabit yang berjaya menyelamatkan diri dalam insiden tanah runtuh berkenaan. Beliau dan bapanya yang dalam perjalanan ke Kuantan dari ibu negara turut bersyukur terselamat daripada kejadian yang pertama kali dilalui itu.  Seorang lagi mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, Bentong, Low Chin Seng, 17, remuk bahagian hadapan keretanya selepas melanggar kenderaan di depannya.   Beliau yang dalam perjalanan dari Bukit Tinggi, Pahang ke Cheras untuk bertemu kawannya, berkata pandangan ketika kejadian terhad menyebabkan beliau tidak sempat menekan brek.   Ketika ini, pihak penyelamat dan petugas lebuh raya masih giat menjalankan kerja-kerja pembersihan dan laluan di kedua-dua arah masih ditutup.  Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/96258

Situasi panik itu dilalui beliau bersama bapanya, Ibrahim Mohd Yunus, 62. Apa yang terlintas dalam fikirannya ketika itu hanyalah mahu menyelamatkan diri.

"Saya tengah memandu dalam hujan lebat,  didepan saya tetiba sebuah lori tangki terbabas melintang ditengah jalan. Saya ingatkan kemalangan"

"Saya dan kereta dibelakang brek mengejut. Masa tu baru kami sedar banjir lumpur mengalir dengan banyak dari kanan jalan"

"Sebaik sedar kereta saya dihanyutkan air, saya bergegas keluar dan meninggalkan kereta. Waktu itu yang terlintas hanyalah mahu selamatkan diri dulu.

"Saya lari kira-kira 50 meter meninggalkan kereta. Saya lihat kereta saya dibawa arus air sebelum tersangkut di longkang," kata usahawan berasal dari Kuantan itu.

Naimran, antara sembilan pemandu dan penumpang lebuh raya terbabit yang berjaya menyelamatkan diri dalam insiden tanah runtuh berkenaan. Beliau dan bapanya yang dalam perjalanan ke Kuantan dari ibu negara turut bersyukur terselamat daripada kejadian yang pertama kali dilalui itu.

Seorang lagi mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, Bentong, Low Chin Seng, 17, remuk bahagian hadapan keretanya selepas melanggar kenderaan di depannya.

Beliau yang dalam perjalanan dari Bukit Tinggi, Pahang ke Cheras untuk bertemu kawannya, berkata pandangan ketika kejadian terhad menyebabkan beliau tidak sempat menekan brek.

Ketika ini, pihak penyelamat dan petugas lebuh raya masih giat menjalankan kerja-kerja pembersihan dan laluan di kedua-dua arah masih ditutup.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/96258


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.