Khamis, 19 November 2015

Khamis, November 19, 2015
ZARA Pecat 2 Pekerja Halang Wanita Bertudung Masuk Gedung | Jenama pakaian dan aksesori Sepanyol, Zara memecat dua pekerjanya semalam selepas video mereka menghalang seorang wanita bertudung masuk ke premis berkenaan tersebar di media sosial.

ZARA Pecat 2 Pekerja Halang Wanita Bertudung Masuk Gedung

"Mentaliti sebegini tidak digunapakai oleh Zara dan tiada arahan diberikan berhubung larangan sebegini," kata Ketua Rangkaian Zara Perancis, Jean Jacques Salaun.

Jean Jacques berkata, pegawal keselamatan di Zara cawangan Plaisir, Barat Paris meminta seorang pelanggan wanita untuk membuka tudung sebelum memasuki premis berkenaan.

Undang-undang Perancis hanya mengharamkan pemakaian burka atau niqab namun tidak termasuk pengharaman terhadap pemakaian tudung.

Syarikat Sepanyol itu mengesahkan memecat pengurus dan pengawal keselamatan cawangan berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku pada minggu semasa ketegangan selepas serangan di Perancis.

Video aksi pegawai keselamatan itu mula viral di media sosial yang mendorong pelanggan beragama Islam menyatakan boikot kepada jenama tersebut.

"Menghormati kepelbagaian adalah tiang asas di mana Inditex (syarikat induk Zara) telah ditubuhkan, dengan lebih daripada 140,000 pekerja di seluruh dunia yang mewakili pelbagai budaya dan agama," kata Zara dalam satu kenyataan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/zara-pecat-pekerja-halang-wanita-bertudung-1.453133


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.