Isnin, 9 November 2015

Isnin, November 09, 2015
Zul Ariffin Akui Bercinta Dengan Zahirah MacWilson | Zul Ariffin menyifatkan gambar dia memegang tangan aktres Zahirah MacWilson, 20, yang disebarkan di laman sosial  sudah menjelaskan secara tidak langsung mengenai status perhubungan mereka.


Kata Zul lagi, dia tidak perlu menjelaskan secara lisan kerana menganggap masyarakat kini lebih bijak memahami menerusi gambar berkenaan.

"Saya tak perlu beritahu status perhubungan kami kerana menerusi gambar yang disebarkan itu sudah menjelaskan segalan-galanya.

"Buat masa ini kami rapat, tetapi tiada apa yang dapat dikongsikan lagi," katanya.

Zul ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2015 (ASK2015) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam Ahad.

Baru-baru ini, foto Zul berpegangan tangan dengan Zahirah di sebuah restoran menjadi viral di laman sosial sehinggakan netizen mempersoalkan status perhubungan sebenar mereka. Sebelum ini, beberapa gambar mesra kedua-dua pelakon itu juga turut menjadi bualan dan tanda tanya peminat mereka.

 Sementara itu, Zul berkata, dia tidak kisah dengan gambar yang diambil berkenaan dan menyifatkan ia sebagai adalah perkara normal bagi seorang selebriti yang dikenali.

"Saya tak marah dengan orang yang mengambil gambar kami. Itu perkara biasa sebagai selebriti. Gambar dengan emak sendiri pernah jadi isu, apatah lagi dengan wanita lain.

Zul Ariffin Akui Bercinta Dengan Zahirah MacWilson

"Saya terima kontroversi yang menjadi viral itu dengan hati yang terbuka," ujarnya.

Mengulas mengenai hubungannya dengan Gayatri Su-Lin Pillai, 39, kata Zul, ia sudah menjadi kenangan lama yang tidak perlu diceritakan lagi.

"Sebenarnya, kami sudah buat hal masing-masing, dah move on. Sudah lama kami tiada hubungan, cuma kami tidak dedahkan saja," tuturnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/11/09/zul-ariffin/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.