Ahad, 27 Disember 2015

Ahad, Disember 27, 2015
2 Aktivis PPIM Di Tahan Polis 24 Jam Kerana Bantu Pengguna Teraniaya : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal dengan tindakan polis menahan dua aktivisnya selama 24 jam kerana didakwa mengugut peniaga kedai telefon bimbit semasa membantu seorang pembeli yang ditipu menuntut kembali wangnya di Kompleks Kota Raya, pada 15 Disember lalu.

2 Aktivis PPIM Di Tahan Polis 24 Jam Kerana Bantu Pengguna Teraniaya

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan undang-undang seharusnya dikenakan kepada peniaga yang menipu dan bukan kepada persatuan pengguna yang hanya membantu.

Tambahan pula menurutnya, pengadu berkenaan mendapat surat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Sehubungan itu, beliau merayu kepada pucuk pimpinan pasukan keselamatan supaya perkara tersebut diteliti dengan sewajarnya.

“Perkara ini sangat ganjil kerana tidak pernah berlaku. Atas alasan apa kami disiasat? Jika disebabkan terdapat laporan polis daripada peniaga terbabit yang menyatakan diugut, kami sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya.

“Lebih dikesalkan apabila polis memohon untuk menahan reman aktivis kami,” katanya.

Menurut Nadzim, polis tidak seharusnya menahan aktivis selama sehari untuk membantu siasatan tetapi boleh memanggil mereka pada bila-bila masa berikutan individu yang dipanggil itu mempu­nyai masalah lain yang perlu dise­lesaikan.

Katanya, pasukan polis juga perlu menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan persatuan supaya tidak ada lagi yang melanggarnya sehingga terpaksa ditahan di lokap seperti yang telah berlaku.

Semalam, dua aktivis PPIM dibebaskan selepas ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu kerana didakwa membuat ugutan terhadap peniaga telefon terbabit yang membantu seorang lelaki mengambil semula wang yang dibayar bagi empat buah telefon bimbit pada 15 Disember lalu.

sumber
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-kesal-dua-aktivis-bantu-8232-pembeli-teraniaya-ditahan-24-jam-1.173243#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.