Isnin, 28 Disember 2015

Isnin, Disember 28, 2015
250 Juruterbang MAS Hilang Kerja, Kena Cuti 2 Tahun | Seramai 250 juruterbang Boeing 777-200ER Penerbangan Malaysia (MAS) bakal kehilangan pekerjaan apabila syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) membatalkan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam, Belanda dan Paris, Perancis bermula 27 Januari depan.

250 Juruterbang MAS Hilang Kerja, Kena Cuti 2 Tahun

Malah, sebahagian daripada juruterbang terbabit sudah pun diberi tawaran cuti tanpa gaji selama dua tahun.

Difahamkan, MAB membatalkan laluan penerbangan ke dua destinasi berkenaan yang dianggap merugikan mulai tahun depan selepas memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat pe­nerbangan Emiriyah Arab Bersatu, Emirates pada 2 Disember lalu.

Mengikut perjanjian itu, penumpang MAB boleh menggunakan pesawat Emi­rates untuk penerbangan ke Amsterdam dan Paris, manakala MAB menawarkan penumpang bagi penerba­ngan rantau Asia Pasifik kepada Emirates.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.