Rabu, 16 Disember 2015

Rabu, Disember 16, 2015
4 Suspek Ditahan Kes Pukul Anggota Polis Hingga Mati : Susulan seorang anggota polis maut dipukul dalam kejadian di Manjung petang semalam.

4 Suspek Ditahan Kes Pukul Anggota Polis Hingga Mati

Menurut laporan myMetro, anggota polis yang maut dalam kejadian pukul di Manjung petang semalam, sudah digantung tugas dan dikehendaki polis bagi membantu siasatan membabitkan beberapa kes jenayah.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, anggota berkenaan digantung kerja sejak 18 September lalu kerana terbabit dengan tiga kes iaitu dadah, pecah rumah dan mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, pihaknya sudah mendapat perintah tahanan daripada Timbalan Pendakwaraya untuk mendakwa anggota berkenaan membabitkan kes pecah rumah.

"Dalam usaha kita mengesan anggota itu, berlaku kejadian ini (dipukul) dan anggota berkenaan didapati meninggal dunia," katanya selepas Majlis Meraikan Pesara PDRM Kontinjen Perak dan Majlis Penyematan Pangkat Inspektor ke Asisten Superintendan Di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) PDRM Ipoh.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, mangsa berusia 32 tahun ditemui tertiarap dan cedera teruk di beberapa anggota badan dalam sebuah premis membela burung walid di Manjung.

Mangsa dikatakan dipukul kerana disyaki mencuri burung walid berkenaan dan berikutan kejadian itu, empat suspek berusia antara 35 hingga 59 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/100563?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.