Isnin, 21 Disember 2015

Isnin, Disember 21, 2015
Adira Sahkan Jadi Isteri Kedua Datuk Seri | Adira Sahkan Jadi Isteri Kedua Datuk Seri: Adira, 24, akhirnya mengesahkan dia kini isteri kedua kepada Datuk Seri selepas berkahwin dengan lelaki itu kira-kira tiga minggu lalu.

Adira Sahkan Jadi Isteri Kedua Datuk Seri
Suami Adira

"Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.

"Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu," katanya.

Berita mengatakan Adira berkahwin dengan lelaki itu tersebar sejak Khamis lalu.

Perkara itu dikongsi isteri pertama lelaki terbabit apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook miliknya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Difahamkan, suami Adira adalah ahli perniagaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/101592#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.